Crystal Heart
hantu kak limah balik rumah (:
26 February 2011 | 12:49:00 PM | 0 comments


Diantara babak dan dialog menarik Hantu Kak Limah Balik Rumah yang masih melekat di ingatan adalah :-

1.Husin menegur Kak Limah yang berada di tepi tingkap tetapi Kak Limah tidak menyahut malah buat derk dengan reaksi muka yang horror gila.

Husin : “ Kak Limah oii , tak tengok akademi fantasia ke ?

2. Husin terdengan suara misteri memanggilnya dan bunyi dinding rumah di cakar.Rupa-rupanya suara itu adalah Abi Hurairah dan Usop Kebudayaan yang menyakat beliau.

3. Semasa nak tidur , Husin sempat menjenguk ke luar tingkap dan melihat Kak Limah berada di luar rumah.Husin segera menegur supaya masuk ke dalam rumah supaya tidak di gigit nyamuk.

4. Husin terdengar bunyi seperti orang berjalan di bawah rumah , kemudian menjengah ke bawah katil.Disebelahnya , terbaring Kak Limah. Husin bangun perlahan-lahan dan bertentang mata dengan Kak Limah.Husin lari ketakutan sambil memegang selipar.

5. Dalam filem ini , Usop cacat kakinya.Usop bercerita , semasa baru pulang dari kedai kek dan menyanyi riang lagu happy birthday untuk dirinya sendiri.Usop berhenti di tengah jalan untuk melihat kek blueberry yang baru dibelinya.Dalam tak sedar , kakinya terkena mesin bajak encik Purnama.

6. Adegan lari lintang pukang 100 meter memang lawak habis.Pandai betul MK close up muka diorang melarikan diri.Dalam babak ini , Usop yang cacat kakinya sempat boleh lari laju sambil bawa kerusi rodanya.

7. Babak Abi Hurairah dan Usop menari-nari sambil dengar lagu Solay-Solay.Kemudian , terus cover makan maggie lepas nampak Husin.

8. Babak Usop mengurat si Husin.: “awak esok.. kalao kawen.. awak nak buat pelamin seme pink ! , pastu kalo awak dah ada anok esok.. awok nak buat press conference macam si Erra pazira buat tu..! bior seme pink! “. Beria-ria Usop bercerita sambil Husin-geli geleman.

9. Purnama datang join sambil budak aksi gedik tepi dinding rumah.Usop halau dan marah-marah Purnama.

10. Babak Abi Hurairah bawak radio masuk jamban sambil meneran.Kemudian , radio senyap seketika. Husin buka pintu jamban dan tengok Kak Limah dah ada atas kepala Abi Hurairah.Apa lagi , semua lari termasuk Abi Hurairah yang berbogel dengan tudung saji.

11. Sampai di Kedai Pak Jabit , Usop mengomel sendirian , ” nasib baik kerusi roda ni kerajaan punye. kalo tak udah lame teman lempor dlm sungai. ”

12. Usop bagi cadangan supaya rumah Kak Limah dibakar dan tapak rumah di buat tapak untuk tanam cili.

Pak Jabit: Apa punya cerita, macam dah takde modal industri filem Malaysia. Siapa pengarahnya tu?
Pak Abu: Yelah, ini mesti Hassan Mutalib ler ni.
Lelaki Gemuk: Kita jangan salahkan pengarahnya aje, salahkanlah penulis skrip.
Pak Abu: Siapa penulis skripnya tu?
Lelaki Gemuk: Hassan Mutalib.

" pelawok pelawok pelawok, pelawok pelawok pelawok pelawok, pelawok..pelawok...pelawok pelawok"

Okay lah , ini adalah beberapa babak menarik.Yang pastinya , filem ini tidak mengecewakan.

Labels:


Older Post | Newer Post
The Disclaimer
Hey guys ! This is my second skin :) Do replace with your own text .

Shout Here !
Put your shoutmix code here. The width must be 200px k ?

Big Thanks To Them
Skin By : Sarah Afiqah
Basecodes By : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

About Links Entries